LATIHAN SUKAR SANDHURST BUAT ABUBAKAR LEBIH YAKIN
Oleh Soraya Salim
BELIAU hanya mempunyai satu impian - menjadi askar.
Namun, Leftenan Sheikh Abubakar Sheikh Abdillah Alkhatib sama sekali tidak menyangka beliau akan menjejakkan kaki di akademi tentera terunggul Britain - Akademi Tentera Diraja Sandhurst - dan berlatih bersama anggota kerabat diraja.
Apatah lagi menjadi kadet terbaik akademi itu!
Namun, itulah yang dicapai Leftenan Abubakar, 20 tahun. Beliau memenangi Pedang Kehormat akademi itu kerana menjadi kadet luar negara terbaik dalam kohortnya.
Beliau bukan saja menerima anugerah itu daripada Ratu Elizabeth II sendiri dalam satu majlis pengurniaan watikah tauliah Jumaat lalu, malah dapat, bersama ibu bapanya, makan tengah hari bersama ratu Britain itu.
Bapanya, Sheikh Abdillah Alkatib, 64 tahun, bekas mejar Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), sementara ibunya, Cik Zainah Sheikh Abdullah Lajam, 54 tahun, guru Sastera Inggeris.
Menyingkap pengalaman di Sandhurst kepada Berita Harian kelmarin, Leftenan Abubakar berkata: 'Memang saya tidak nafikan latihannya amat sukar, apatah lagi dalam sekitaran dan cuaca berbeza. Saya, yang sudah biasa dengan cuaca panas, menggigil apabila perlu berlatih dalam cuaca sejuk. Pernah ketika kami berkawat, ribut salji dan hujan batu melanda.'
Leftenan Abubakar juga mendedahkan beliau mendapat kesempatan berlatih bersama anak Putera Charles, Putera William, iaitu cucu Ratu Elizabeth II.
'Kami dalam kompeni sama dan menjalani latihan bersama secara tetap. Putera William seorang yang amat baik. Orangnya biasa saja,' katanya.
Putera William turut menerima tauliahnya dalam majlis Jumaat lalu itu.
Leftenan Abubakar, bekas pelajar Maktab Rendah Meridian, dihantar ke Sandhurst Januari lalu untuk menjalani latihan 11 bulan selepas menyertai Sekolah Pegawai Kadet (OCS) di sini.
Seorang peminat bola sepak, beliau juga mewakili Sandhurst dalam sukan itu.
Cik Zainah, yang kini berada di Britain bersama anaknya, sempat menceritakan pengalaman beliau menemui Ratu Elizabeth II dalam jamuan tersebut.
'Saya, suami dan Abubakar dapat duduk semeja dengan Ratu Elizabeth. Ia merupakan saat amat istimewa bagi kami sekeluarga. Ratu Elizabeth sempat bertanya saya adakah latihan di Sandhurst terlalu sukar bagi anak saya. Saya menjawab inilah apa yang dia inginkan, bahkan ia membantu meningkatkan keyakinannya,' katanya.
Semasa dihubungi di sini, abang Leftenan Abubakar, Sheikh Faiz, 22 tahun, berkata adiknya menunjukkan kecenderungan dalam bidang tentera sejak di bangku sekolah dengan menyertai Pasukan Kadet Kebangsaan (NCC).
==========================================
Congrats ya Abu Bakar - We are all very very proud of you !!
Wonder if this will be published in the English Straits Times ....
Such an achievement for a Singapore Student !!
I am sure if it's 'someone' else - sure Straits Times come out BIG BIG & News oso will sure broadcast !!! ....
Let's wait and see.....
No comments:
Post a Comment